SELAMAT DATANG KE TAHUN 2017

Tuan Mohammad Jamil B Sarin (Pengetua SAMTSSAAS BATU 38)

PERBENGKELAN ILMU

Wartawan/Editor : En. Amry Hj Ahmad

SELAMAT DATANG KE TAHUN 2017

Wartawan/Editor : En. Amry Hj Ahmad

MAJLIS AKUJANJI DAN AMANAT IBUBAPA

Wartawan/Editor : En. Amry Hj Ahmad

Sesi Riadah

Wartawan/Editor : En. Amry Hj Ahmad

SELAMAT DATANG KE TAHUN 2016

Tuan Mohammad Jamil B Sarin (Pengetua SAMTSSAAS BT38)

SELAMAT DATANG KE BULETIN SAMT SSAAS BT38 ****************** AHLAN WASAHLAN********************


Pengumuman Terkini

Assalamualaikum dan Salam Sehati, Sejiwa.

TAWARAN KEMASUKAN ASRAMA 2018
Bagi pelajar yang ditawarkan dengan rayuan, hendaklah hadir ke sekolah pada ketetapan berikut
Tarikh: xx.12.2017
Hari: Akan dimaklumkan kemudian
Masa: 9.00 pagi
Pelajar hendaklah hadir bersama ibu/bapa/penjaga sendiri dan tidak boleh diwakilkan.
Pelajar dikehendaki hadir dengan berpakaian
a. Baju Rasmi Asrama (Batik)
b. Berbaju Sekolah Lengkap
TAHNIAH !!! kepada pelajar-pelajar Tg.2, 3 dan Tg.5 Tahun 2018 yang telah berjaya. InsyaAllah.


KLIK LINK DIBAWAH untuk menyemak keputusan.
KEPUTUSAN PENEMPATAN

----------------------------------------------------------------------------------------------- Sekian dimaklumkan.


----------------------------------------------------------------------------------------------- MAKLUMAN : Daripada Unit Media PIBG SAMTBT38 :-
CHANNEL™ RASMI PIBG SAMTBT38 2016/2017
SELAMAT DATANG Ke TELEGRAM Saluran ibu bapa dan guru mengetahui maklumat program dan pencapaian terkini SAMT SSAAS BT38 melalui 'SmartPhone' anda.

Anda bleh download melalui PlayStore @ download Telegram Desktop melalui alamat : https://desktop.telegram.org
Klik untuk Join Disini

-----------------------------------------------------------------------------------------------


Komentar, saranan atau pertanyaan dapat diajukan melalui kotak komen blog atau email Editor En. Amry Hj. Ahmad ke: cg.amry@moe.edu.my
No.Tel. SEK : 03-32161270

Wednesday 16 November 2016

Malaysian Robotics Games & Solar Competition 2016

19/11/2016 , Kolej Segi Subang Jaya - Malaysian Robotics Games & Solar Competition 2016 - Pencapaian : pasukan Samt menduduki tangga ke-16 masa terpantas drp 37 buah sekolah seluruh malaysia. Terima kasih atas sokongan pihak pentadbir dan semua guru yang terlibat dalam program ini.






Friday 11 November 2016

Risalah Kor Kadet Polis 2016


03 Nov 16 - Hotel Kompit SB, Anugerah kor Kadet polis terbaik Daerah Sabak Bernam 2016.




Thursday 10 November 2016

Kursus Solar Car 2016 Peringkat Daerah Sabak Bernam

Bengkel Model Kereta Solar di Sekolah  Agama Menengah Tinggi (SAMT) Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah , di sini, berjaya menarik penyertaan sebanyak 51 murid dan 10 guru dari tiga buah sekolah menengah di daerah ini.

Penyelaras program, Amry Manzlin Ahmad berkata, bengkel anjuran bersama Panitia Sains dan Matematik SAMT Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ungku Aziz itu bertujuan untuk mencungkil bakat dan minat murid dalam mata pelajaran sains dan matematik.

Katanya, melalui program ini, murid dapat membuang persepsi yang mengatakan mata pelajaran sains dan matematik ini sebagai sukar, membebankan dan membosankan.

"Kita mahu murid yang menyertai bengkel ini menolak tanggapan bahawa belajar sains dan matematik itu susah, sebaliknya menjadikan mata pelajaran tersebut sebagai menarik untuk dipelajari.

"Dalam bengkel ini, beberapa kumpulan dibentuk dengan setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang murid.

"Jadi setiap murid dapat bekerjasama dengan rakan sekumpulannya menimba pengalaman secara terus melalui aktiviti yang dijalankan termasuk memasang komponen model kereta solar sehingga ianya berfungsi," katanya.

Menurut Amry Manzlin, bengkel tersebut turut mendapat kerjasama tenaga pengajar dan teknikal daripada Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB).

"Tenaga pengajar dan teknikal dari KKSB membantu murid membina kreativiti dan inovasi mereka dalam memasang komponen kereta solar.

"Secara tidak langsung, murid dapat mengaitkan keupayaan tenaga solar yang boleh ditukar kepada tenaga elektrik sekaligus dapat menggerakkan motor elektrik pada kereta yang dibina," jelasnya.

Bengkel ini juga bagi mempersiapkan murid menyertai pertandingan kereta solar pada Program Sains, Teknologi, Inovasi dan Robotik anjuran Myrobotz Enterprise dengan kerjasama Pusat Sains Negara yang turut disokong Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 19 November ini di Kolej Segi, Subang Jaya. Katanya.

"Jadi, murid didedahkan asas membina model kereta solar secara terperinci dan mengetahui fungsi setiap komponen yang digunakan dalam model kereta solar yang dipasang.

"Pada saya, bengkel ini berjaya mencapai objektifnya apabila semua kumpulan dapat membina model kereta solar masing-masing.

"Jelas terselah wajah teruja dan senyuman puas murid apabila model kereta solar itu berfungsi semasa diuji," tambahnya.


10/11/2016. Kursus Solar Car Anjuran Samtssaas bersama Smk Ungku Aziz dan Kolej Komuniti Sabak Bernam. Alhamdulillah...dgn izin Allah Hari ni berjalan lancar program pasca akhir tahun ting 1 2 dan 3. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua guru yang terlibat.Semoga ilmu yg di perolehi dapat memberi manfaat kepada kita semua.








Tuesday 8 November 2016

Kursus Komputer Anjuran Unit ICT Samtssaas Bt.38

08 Nov 2016 - Kursus komputer untuk murid ting. 1,2 & 3 bawah unit Pasca PT3 dan Unit  ICT & Redaksi Majalah. Program ini telah diselaraskan oleh Cikgu Amry dan Fakulti IT Kolej Komuniti Sabak Bernam.

Tempat : Makmal Komputer Kolej Komuniti Sabak Bernam

Masa : 8:00 am - 5:30 pm

Modul Photoshop : Sesi 1 - Pembinaan Logo
                                Sesi 2 - Pembinaan Kulit Buku/Majalah




Tuesday 1 November 2016

Anugerah Quality Dan Inovasi 2016





Video Tahunan 2017

Hadis 40