SELAMAT DATANG KE BULETIN SAMT SSAAS BT38 ****************** AHLAN WASAHLAN********************


Pengumuman Terkini

Assalamualaikum dan Salam Sehati, Sejiwa.

TAWARAN KEMASUKAN ASRAMA 2018
Bagi pelajar yang ditawarkan dengan rayuan, hendaklah hadir ke sekolah pada ketetapan berikut
Tarikh: xx.12.2017
Hari: Akan dimaklumkan kemudian
Masa: 9.00 pagi
Pelajar hendaklah hadir bersama ibu/bapa/penjaga sendiri dan tidak boleh diwakilkan.
Pelajar dikehendaki hadir dengan berpakaian
a. Baju Rasmi Asrama (Batik)
b. Berbaju Sekolah Lengkap
TAHNIAH !!! kepada pelajar-pelajar Tg.2, 3 dan Tg.5 Tahun 2018 yang telah berjaya. InsyaAllah.


KLIK LINK DIBAWAH untuk menyemak keputusan.
KEPUTUSAN PENEMPATAN

----------------------------------------------------------------------------------------------- Sekian dimaklumkan.


----------------------------------------------------------------------------------------------- MAKLUMAN : Daripada Unit Media PIBG SAMTBT38 :-
CHANNEL™ RASMI PIBG SAMTBT38 2016/2017
SELAMAT DATANG Ke TELEGRAM Saluran ibu bapa dan guru mengetahui maklumat program dan pencapaian terkini SAMT SSAAS BT38 melalui 'SmartPhone' anda.

Anda bleh download melalui PlayStore @ download Telegram Desktop melalui alamat : https://desktop.telegram.org
Klik untuk Join Disini

-----------------------------------------------------------------------------------------------


Komentar, saranan atau pertanyaan dapat diajukan melalui kotak komen blog atau email Editor En. Amry Hj. Ahmad ke: cg.amry@moe.edu.my
No.Tel. SEK : 03-32161270

Saturday 20 June 2015

KBAT (HOTS) & PROGRAM I-THINK








Lembaga Peperiksaan Malaysia melalui laman webnya telah menyiarkan satu pautan kepada e-book boleh DOWNLOAD dengan tajuk "Buku Pentaksiran KBAT 2014". Fail dengan saiz 106MB tersebut merupakan e-book kepada bentuk pentaksiran KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) yang khabarnya bakal mula akan dijalankan pada peperiksaan pada tahun ini.

DOWNLOAD | Buku Pentaksiran KBAT 2014

(106 MB)


Tidak banyak perkara yang dinyatakan dalam siaran LPM. Hanya yang disertakan adalah pautan kepada e-book ini. Maknanya kena baca sendiri lah. 

Oleh kerana unsur KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) ini akan mula diterapkan dalam bentuk-bentuk soalan peperiksaan bermula tahun ini. Maka saya sangat mencadangkan agar rakan guru, ibu bapa yang prihatin dan juga para pelajar yang disayangi untuk download dan baca e-book ini. InshaAllah membantu anda untuk memahami bentuk soalan yang bakal ditanyakan kemudian hari nanti.

Saya nyatakan serba sedikit mengenai e-Book Buku Pentaksiran KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) 2014 ini.
e-Book ini mengandungi 3 bab dengan 177 muka surat untuk dibaca. Bab 1 lebih memfokuskan kepada maksud dan definisi kepada perkataan dan istilah-istilah baru yang digunakan dan dimaksudkan. Bab 2 rasanya lebih penting dengan mengandungi panduan menulis item (soalan KBAT) dan juga untuk menilai dengan rubrik pemarkahan yang sesuai. Manakala bab akhir pula hanyalah mengandungi aktiviti untuk menguji kefahaman pembaca kepada KBAT.


Bab 1 : Pentaksiran
Konsep pentaksiran, ciri pentaksiran, kesahan dan kebolehpercayaan, konstruk, konteks, aras kesukaran, kata tugas, respons murid, item, peraturan pemarkahan

 
Bab 2 : Penulisan Item Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Penulisan item, piawaian penulis item, idea penulisan item, definisi kemahiran berfikir aras tinggi, konsep item mentaksir kemahiran berfikir aras tinggi, ciri item kemahiran berfikir aras tinggi, prinsip pembinaan dan penilaian item KBAT, contoh item
Penulisan Item Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Bab 3 : Aktiviti Pengukuhan
Bab ini ,engandungi beberapa contoh soalan daripada pelbagai subjek. Guru diberi peluang untuk cuba menentukan konstruk, konteks, aras kesukaran, dan kategori item sama ada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi atau Kemahiran Berfikir Aras Rendah. 


Jom ramai-ramai kita download dan baca sama-sama!

0 comments:

Video Tahunan 2017

Hadis 40