SELAMAT DATANG KE BULETIN SAMT SSAAS BT38 ****************** AHLAN WASAHLAN********************


Pengumuman Terkini

Assalamualaikum dan Salam Sehati, Sejiwa.

TAWARAN KEMASUKAN ASRAMA 2018
Bagi pelajar yang ditawarkan dengan rayuan, hendaklah hadir ke sekolah pada ketetapan berikut
Tarikh: xx.12.2017
Hari: Akan dimaklumkan kemudian
Masa: 9.00 pagi
Pelajar hendaklah hadir bersama ibu/bapa/penjaga sendiri dan tidak boleh diwakilkan.
Pelajar dikehendaki hadir dengan berpakaian
a. Baju Rasmi Asrama (Batik)
b. Berbaju Sekolah Lengkap
TAHNIAH !!! kepada pelajar-pelajar Tg.2, 3 dan Tg.5 Tahun 2018 yang telah berjaya. InsyaAllah.


KLIK LINK DIBAWAH untuk menyemak keputusan.
KEPUTUSAN PENEMPATAN

----------------------------------------------------------------------------------------------- Sekian dimaklumkan.


----------------------------------------------------------------------------------------------- MAKLUMAN : Daripada Unit Media PIBG SAMTBT38 :-
CHANNEL™ RASMI PIBG SAMTBT38 2016/2017
SELAMAT DATANG Ke TELEGRAM Saluran ibu bapa dan guru mengetahui maklumat program dan pencapaian terkini SAMT SSAAS BT38 melalui 'SmartPhone' anda.

Anda bleh download melalui PlayStore @ download Telegram Desktop melalui alamat : https://desktop.telegram.org
Klik untuk Join Disini

-----------------------------------------------------------------------------------------------


Komentar, saranan atau pertanyaan dapat diajukan melalui kotak komen blog atau email Editor En. Amry Hj. Ahmad ke: cg.amry@moe.edu.my
No.Tel. SEK : 03-32161270

Saturday 20 June 2015

TIPS SOALAN ESEI DAN STRUKTUR & JAWAPAN SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA - TAMADUN MESIR PURBA

Soalan Esei dan Struktur & Jawapan Sejarah Tingkatan 4 Bab 1 : Kemunculan Tamadun Awal Manusia

Sejarah Kertas 2

SEJARAH TINGKATAN 4

SOALAN DAN JAWAPAN

Tajuk : Tamadun Mesir Purba

Soalan Struktur

Tamadun Mesir yang dianggap sebagai “anugerah daripada Sungai Nil” berkembang dengan ciri-ciri tersendiri dan tanda kewujudan tamadun yang agung itu dapat dihayati melalui tinggalan warisan serta khazanah bangsanya.


(a) Apakah sebab Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai “anugerah daripada Sungai Nil” ? 
        (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 17) 

o  Tamadun Mesir lahir di lembah ini
o  Limpahan air sungai Nil menukar bentuk bumi yang tandus kepada kawasan yang subur o Lanar yang dibawa membentuk delta yang subur
o  Delta sesuai untuk kegiatan pertanian o Delta sesuai untuk petempatan kekal

[5 x 1m = Mak. 2 markah]



(b) Sebutkan amalan kepercayaan masyarakat Mesir Purba ? 
        (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.20) 

o Percaya kepada konsep politeisme
o Tuhan orang Mesir dikaitkan dengan unsur alam o Mempercayai kehidupan selepas mati
o Mayat disimpan dan dijaga dengan baik
o Keperluan selepas mati ditanam bersama mayat o Mayat disolek dan dipakaikan alat kebesaran

[6 x 1m = Mak. 3 markah]



(c) Nyatakan sistem pendidikan dalam tamadun Mesir Purba 
        (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 22) 

o Pendidikan dikhususkan kepada anak golongan atasan
o Kanak-kanak diberi pendidikan sejak kecil
o Pendidikan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan
o Pendidikan dijalankan oleh rumah ibadat
o Pendidikan bertujuan untuk melahirkan pegawai terlatih
o Ilmu yang diajar ialah geometri, matematik dan sains

[6 x 1m = Mak. 3 markah]




(d) Berikan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh masyarakat Mesir Purba hasil penguasaan mereka dalam bidang matematik dan astronomi ? 
         (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 22) 

o      Dapat mengawal banjir sungai Nil o Mencipta sistem pengairan
o Menukar kawasan padang pasir menjadi kawasan pertanian
o Memperkenalkan kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan setahun

[4 x 1m = Mak. 2 markah]


Soalan Esei

(a) Huraikan struktur pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Mesir Purba. 
        (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.19 - 20) 

  • Firaun - Sistem pemerintahan diterajui oleh Firaun.
  • Pemerintah - Firaun menjadi ketua pemerintah
  • Ketua - Firaun menjadi ketua pendeta, ketua hakim dan ketua pahlawan
  • Bantu - Firaun dibantu oleh golongan bangsawan, rahib dan jurutulis.
  • Pentadbiran - Golongan bangsawan menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan dan   menguruskan
  • pengagihan bekalan makanan
  • Bangsawan - Golongan bangsawan terdiri daripada pegawai, penasihat dan    gabenor wilayah
  • Rahib - Rahib menguruskan hal keagamaan
  • Jurutulis - Jurutulis membantu pentadbiran dengan menulis rekod kerajaan

[8 x 2m = Mak. 8 markah]




(b) Nyatakan sumbangan utama tamadun Mesir Purba kepada ketamadunan manusia. 
        (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 21 - 22)

  • Piramid - Dalam senibina piramid
  • Batu-bata - Teknik pembinaan bangunan menggunakan batu-bata
  • Kertas - Penciptaan kertas daripada pokok papyrus untuk menulis
  • Rekod - Penyimpanan rekod menggunakan kertas
  • Tulisan - Menggunakan tulisan yang cantik sebagai suatu hasil seni
  • Rendah - Memulakan pendidikan di peringkat umur yang rendah
  • Urus - Sistem pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat
  • Kerajaan - Sistem pendidikan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan
  • Pegawai - Sistem pendidikan bertujuan melahirkan pegawai kerajaan terlatih
  • Ajar - Pengajaran ilmu geometri, matematik dan sains dalam pendidikan
  • Mumia - Memumiakan mayat
  • Banjir - Pengawalan banjir menggunakan ilmu matematik
  • Pengairan - Penciptaan sistem pengairan
  • Tebus guna - Menebus guna kawasan padang pasir menjadi kawasan pertanian
  • Kalendar - Memperkenalkan kalendar 365 hari dalam setahun

[15 x 2m = Mak. 12 markah]

0 comments:

Video Tahunan 2017

Hadis 40