SELAMAT DATANG KE TAHUN 2017

Tuan Mohammad Jamil B Sarin (Pengetua SAMTSSAAS BATU 38)

PERBENGKELAN ILMU

Wartawan/Editor : En. Amry Hj Ahmad

SELAMAT DATANG KE TAHUN 2017

Wartawan/Editor : En. Amry Hj Ahmad

MAJLIS AKUJANJI DAN AMANAT IBUBAPA

Wartawan/Editor : En. Amry Hj Ahmad

Sesi Riadah

Wartawan/Editor : En. Amry Hj Ahmad

SELAMAT DATANG KE TAHUN 2016

Tuan Mohammad Jamil B Sarin (Pengetua SAMTSSAAS BT38)

SELAMAT DATANG KE BULETIN SAMT SSAAS BT38 ****************** AHLAN WASAHLAN********************


Pengumuman Terkini

Assalamualaikum dan Salam Sehati, Sejiwa.

TAWARAN KEMASUKAN ASRAMA 2018
Bagi pelajar yang ditawarkan dengan rayuan, hendaklah hadir ke sekolah pada ketetapan berikut
Tarikh: xx.12.2017
Hari: Akan dimaklumkan kemudian
Masa: 9.00 pagi
Pelajar hendaklah hadir bersama ibu/bapa/penjaga sendiri dan tidak boleh diwakilkan.
Pelajar dikehendaki hadir dengan berpakaian
a. Baju Rasmi Asrama (Batik)
b. Berbaju Sekolah Lengkap
TAHNIAH !!! kepada pelajar-pelajar Tg.2, 3 dan Tg.5 Tahun 2018 yang telah berjaya. InsyaAllah.


KLIK LINK DIBAWAH untuk menyemak keputusan.
KEPUTUSAN PENEMPATAN

----------------------------------------------------------------------------------------------- Sekian dimaklumkan.


----------------------------------------------------------------------------------------------- MAKLUMAN : Daripada Unit Media PIBG SAMTBT38 :-
CHANNEL™ RASMI PIBG SAMTBT38 2016/2017
SELAMAT DATANG Ke TELEGRAM Saluran ibu bapa dan guru mengetahui maklumat program dan pencapaian terkini SAMT SSAAS BT38 melalui 'SmartPhone' anda.

Anda bleh download melalui PlayStore @ download Telegram Desktop melalui alamat : https://desktop.telegram.org
Klik untuk Join Disini

-----------------------------------------------------------------------------------------------


Komentar, saranan atau pertanyaan dapat diajukan melalui kotak komen blog atau email Editor En. Amry Hj. Ahmad ke: cg.amry@moe.edu.my
No.Tel. SEK : 03-32161270

Monday 29 June 2015

PENCAPAIAN KURIKULUM 2014












Saturday 20 June 2015

Kelebihan Guru Cemerlang

Kerap juga saya mendapat soalan sebegini apabila ditanya mengenai apa kelebihan menjadi Guru Cemerlang. Ramai juga yang nak tahu apa sebenarnya yang kita dapat jika kita menjadi seorang Guru Cemerlang. Saya kongsikan sedikit beberapa kelebihan bergelar Guru Cemerlang, berdasarkan kepada pengetahuan saya dan pendapat rakan guru yang lain.

7 Kelebihan Menjadi Guru Cemerlang


1. Kenaikan Pangkat Lebih Cepat
Laluan kecemerlangan ini merupakan laluan fast-track yang paling laju jika anda berhajat untuk naik pangkat dengan paling cepat. Untuk DG41, kebiasaannya kita perlukan 8 tahun perkhidmatan untuk kenaikan pangkat secara time-based ke DG44. Itupun mesti melalui TBBK, Time-Based Berasaskan Kecemerlanganyang perlu melalui proses yang lebih kurang sama dengan memohon Guru Cemerlang, iaitu perlukan dokumentasi apa yang kita buat 3 tahun kebelakang. Itupun kenaikan bukan secara automatik. Maka adalah juga kes yang gagal TBBK. Jadi, jangan seronok sangat.



7 Kelebihan Menjadi Guru Cemerlang


Boleh juga tengok jadual perbandingan di atas bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai tempoh tahun perkhidmatan. Dalam kes saya, saya dilantik DG44, 2 tahun lebih awal berbanding rakan-rakan yang memilih laluan timebased walaupun kami sama-sama posting pada tahun 2007. Malah ketika mereka sedang mengumpul bahan untuk memohon TBBK bagi gred DG44, saya pula sudah layak untuk memohon Guru Cemerlang bagi gred DG48!


2. Gaji Besar
Ini juga antara motivasi utama bagi sesetengah orang yang memohon Guru Cemerlang. Dengan gred yang lebih besar, sudah tentu kita akan mempunyai gaji yang lebih besar, secara logiknya. Dengan kenaikan 2 tahun lebih awal bagi gred DG44, ataupun 5/6 tahun bagi gred DG48, maka sudah tentu ini merupakan galakan terbaik bagi guru yang berhajat nak menambah pendapatan sebagai guru dengan cara yang lebih cepat.



7 Kelebihan Menjadi Guru Cemerlang


Kenaikan tahunan juga akan berubah. Semasa di gred DG41, kenaikan tahunan adalah sebanyak RM225. Bagi gred DG44 pula, kenaikan tahunan adalah sebanyak RM250. Dan bagi gred DG48 pula, kenaikan tahunan adalah RM275. Ini bermakna, beza gaji hampir RM1000 bagi tahun ke-8 untuk 2 orang yang posting pada tahun yang sama, tetapi dengan laluan timebased dan laluan kecemerlangan. Tepuk dada, tanya selera.


3. Gelaran Guru Cemerlang
Ada juga yang memohon laluan kecemerlangan ini untuk gelaran Guru Cemerlang tersebut. Mungkin pada beliau, ini merupakan satu cara yang boleh menunjukkan status beliau pada guru-guru lain. Kalau tidak masakan, ada sesetengah Guru Cemerlang yang dengan bangganya sekali asyik mengaku Guru Cemerlang, setiap kali berjumpa dengan guru-guru lain di mesyuarat, bengkel atau apa-apa lain. Untuk tujuan apa tak pasti. Tapi saya mohon berlindung dengan Allah, semoga dijauhkan dengan perasaan ujub dan syok sendiri ini. Amin!


7 Kelebihan Menjadi Guru Cemerlang


Betulkan niat, inshaAllah pasti apa yang anda dapat itu dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dengan rakan guru yang lain. Anda jangan risau, spesies yang sebegini tak banyak. Tapi kalau anda berpeluang berjumpa, maka ambil masa dan Selamat Berkenalan.. ;)


4. Tidak Terlibat Pentadbiran
Ada juga mereka yang memohon Guru Cemerlang kerana tidak mahu terlibat dengan bidang pentadbiran. Maknanya guru ini hanya mahu memfokuskan kepada kerja mengajar sahaja. Kerja pentadbiran yang saya maksudkan di sini adalah kerja pentadbiran hierarki tinggi seperti Ketua Bidang, dan Guru Penolong Kanan. Ini kerana, bagi mereka yang dilantik sebagai Guru Cemerlang, mereka perlu melepaskan jawatan tersebut jika permohonan mereka sebagai Guru Cemerlang berjaya. 



7 Kelebihan Menjadi Guru Cemerlang


Bermaksud juga mereka yang sudah dilantik sebagai Guru Cemerlang, tidak boleh dilantik sebagai Ketua Bidang atau Penolong Kanan di sekolah. Manakala bagi Ketua Bidang dan Penolong Kanan yang berjaya dalam permohonan mereka sebagai Guru Cemerlang, perlulah meletakkan jawatan mereka.

Ini juga antara sebab kenapa saya memohon Guru Cemerlang. Sebab saya tak berminat dalam bidang pentadbiran, dan rasanya kurang berkemahiran. Maka lebih baik untuk saya fokuskan kepada kerja-kerja mengajar yang saya suka. Tahukah anda, menguruskan 1000 orang murid adalah jauh lebih mudah daripada menguruskan 10 orang cikgu? ;)


5. Berkongsi Pengetahuan
Ini juga antara sebab kenapa saya memohon Guru Cemerlang. Iaitu bagi tujuan untuk berkongsi pengetahuan saya dengan rakan guru yang lain. Diulangi yer, berkongsi. Bukan mengajar guru-guru lain. Saya percaya, setiap guru ada kaedah mereka sendiri. Ada yang berkesan, ada yang kurang berkesan. Sama juga yang berlaku pada saya. Maka, jika kita ada sedikit kaedah yang boleh membantu, apa salahnya jika kita berkongsi dengan rakan guru yang lain demi kebaikan pelajar. 



7 Kelebihan Menjadi Guru Cemerlang


Dengan gelaran Guru Cemerlang juga maka lebih mudah anda dikenalpasti oleh sekolah dan pihak-pihak lain bagi dijemput untuk berkongsi pengetahuan. Maka gunakan peluang ini dengan sebaik mungkin bagi mencurahkan ilmu dan pengetahuan anda kepada mereka yang memerlukan. InshaAllah peluang untuk anda berkongsi ilmu akan lebih terbuka luas apabila anda bergelar seorang Guru Cemerlang.


Pelik juga apabila ada sesetengah guru yang suka betul "simpan ilmu" dan tak mahu berkongsi dengan rakan guru yang lain, demi nak memastikan peratus kejayaan di sekolahnya adalah yang paling tinggi. Kedekut dan kejam! Jika ada dalam kalangan kita yang bersikap begitu, maka buanglah jauh-jauh sifat tersebut. Percayalah, ilmu akan lebih banyak bertambah, jika kita lebih banyak memberi.


6. Motivasi Bekerja Lebih Kuat
Gelaran Guru Cemerlang ini juga boleh menjadi sumber motivasi kepada kita untuk bekerja dengan lebih kuat. Sudah tentu kita nak menghasilkan sesuatu yang lebih luar biasa bagi memenuhi tanggungjawab sebagai Guru Cemerlang. Secara tak langsung ini mendorong kita untuk menghasilkan kaedah mengajar, teknik, dan inovasi yang lebih berkesan dalam pdp. Perkara ini kemudiannya dikongsikan dengan rakan guru yang lain dan dapat juga menggalakkan rakan guru untuk turut serta menghasilkan perkara-perkara luar biasa.


7. Idola Kepada Rakan Guru Lain
Dengan mutu kerja yang hebat dan status Guru Cemerlang sebagai bukti kecemerlangan anda, maka tak mustahil anda menjadi idola dan ikutan kepada rakan guru yang lain yang juga mahu berjaya seperti anda. Kehebatan anda di bilik darjah dan di luar, perlulah cukup mengkagumkan guru-guru lain. Baru sesuai gelaran tersebut dengan anda.



7 Kelebihan Menjadi Guru Cemerlang


Maka untuk itu, saya menyeru kepada semua rakan Guru Cemerlang menunjukkan mutu kerja yang betul-betul cemerlang, sesuai dengan gelaran yang anda perolehi. Gelaran Guru Cemerlang bukan satu lesen untuk kita duduk selesa tanpa perlu berusaha apa-apa lagi. Masih banyak perkara yang perlu dilakukan. Masih banyak tanggungjawab dan amanah yang perlu ditunaikan. Maka bekerja lah dengan sebaik mungkin.


Walau apa pun alasan anda, saya yakin bahawa anda mempunyai alasan anda yang tersendiri untuk memohon Guru Cemerlang. Berusahalah sebaik mungkin jika ada peluang. Peluang perlu direbut, sebab peluang tak akan datang banyak kali. Jika gagal, maka berusahalah lagi. Jangan cepat putus asa. Dan jika berjaya, tunaikanlah tanggungjawab dan amanah anda sebagai Guru Cemerlang dengan sebaik mungkin!

PANDUAN MOHON GURU CEMERLANG

Saya kongsikan 11 tips panduan memohon Guru Cemerlang dengan rakan-rakan guru. Saya namakan ini sebagai Fasa 1 iaitu Fasa Semasa Mengisi Borang Permohonan Guru Cemerlang. Jom kita tengok apa perkara-perkara penting yang perlu dipertimbangkan sebelum anda memohon Guru Cemerlang.
Panduan Memohon Guru Cemerlang (Fasa 1 : Mengisi Borang Permohonan)

1. Fahami jawatan Guru Cemerlang
Dalam kebanyakan kes, ramai rakan guru yang tersalah anggap mengenai jawatan Guru Cemerlang. Ramai yang menganggap Guru Cemerlang adalah guru yang SANGAT CEMERLANG; hebat akademik, hebat kokurikulum, pegang jawatan penting dalam HEM, dan serba serbi HEBAT!. 

Sebenarnya, jawatan Guru Cemerlang adalah merujuk kepada guru-guru yang cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam bidang pengkhususan dengan tujuan untuk dijadikan role model, sumber inspirasi dan motivasi kepada guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masing. 

Jadi, jika anda seorang guru yang memang CEMERLANG dalam subjek kepakaran anda, silalah mohon walaupun anda kurang sumbangan dalam bidang HEM dan Kokurikulum. Kerana yang akan diberi lebih penilaian adalah sumbangan anda pada subjek kepakaran anda! 

p/s: Teringat dengan kata-kata seorang penceramah Nazir, "Jika anda ahli sukan wakil Malaysia sekalipun, penilaian utama hanya akan dinilai pada sumbangan anda dalam bidang subjek yang dipohon!


2. Pilih Subjek Kepakaran dengan tepat
Pemilihan subjek kepakaran juga merupakan sesuatu yang penting semasa membuat permohonan Guru Cemerlang. Ini kerana faktor seperti jumlah waktu mengajar dan juga tahun pengalaman mengajar subjek kepakaran memberikan markah yang berbeza-beza kepada guru yang memohon semasa penilaian. Rakan guru boleh rujuk jadual di bawah bagi pemilihan subjek kepakaran yang lebih tepat dan sesuai untuk anda.


Panduan Memohon Guru Cemerlang (Fasa 1 : Mengisi Borang Permohonan)

Jika rakan guru masih ragu-ragu dan tidak pasti subjek mana yang menjadi pilihan, semaklah semula senarai tugas anda pada tahun-tahun lepas. Pilih subjek yang mana anda lebih banyak sumbangan/tugas/peranan. 

Pastikan juga subjek yang dipilih itu merupakan subjek yang telah anda ajar sekurang-kurangnya 3 tahun berturut-turut, terutamanya jika anda berpindah-pindah sekolah. Tidak menjadi masalah juga jika anda memilih subjek bukan major anda, selagi subjek yang dipohon telah diajar sekurang-kurangnya 3 tahun dan ke atas. 

Kesilapan memilih subjek kepakaran, kadang-kadang mampu memberikan keputusan yang mengecewakan.

 
3. Isi Borang Permohonan dengan betul dan lengkap
Seterusnya, isilah borang permohonan anda dengan teliti, lengkap dan tepat. Kesilapan dan sikap ambil mudah semasa mengisi borang permohonan akan menyebabkan permohonan anda ditolak/kurang menyerlah.

Pastikan juga perkara-perkara yang dikehendaki berada dalam keadaan yang sedia dikemaskini. Sebagai contohnya:
a) Maklumat diri dan perkhidmatan (Tarikh lantik, sah dll) 
b) Kenyataan Perkhidmatan (boleh rujuk dengan kerani sekolah)
c) Perisytiharan Harta (sahlaku dalam 5 tahun tanpa sebarang perubahan harta)
d) LNPT (3 tahun berturut-turut)
e) esei (cuba buat sendiri dan nyatakan hasrat anda dari hati dan naluri anda)
f) Senarai Tugas (senaraikan SEMUA bidang tugas/peranan/sumbangan anda dalam Akademik, HEM  dan Kokurikulum dengan lengkap)

Jika tidak pasti, bidang tugas tersebut perlu dimasukkan atau tidak dalam borang permohonan, masukkan saja kesemuanya. Penilai akan menilai borang anda dan memilih perkara yang akan diberi markah.. Tak salah mencuba..


4. Fokus kepada subjek yang dipohon
Perhatian dan tumpuan utama haruslah diberi kepada subjek kepakaran yang dipohon. Nyatakan dengan selengkapnya tugas/peranan/sumbangan yang pernah anda buat untuk subjek atau pun bidang kepakaran anda itu. 

Jika pernah anda adakan kelas tambahan / ceramah di luar sekolah, nyatakan dalam borang dan jugalampirkan bukti (dokumentasi/sijil/gambar) bagi mengukuhkan permohonan anda. Antara contoh bidang tugas/ sumbangan yang boleh anda masukkan:
a) Ketua Panitia
b) guru kelas tambahan
c) guru kelab / persatuan (subjek/bidang kepakaran)
d) penceramah 
e) pemeriksa kertas soalan
f) penyelaras kem (subjek/bidang kepakaran)




Apa-apa yang dinyatakan perlulah lebih fokus kepada subjek kepakaran anda. Tak guna jika anda nyatakan berjela-jela bidang tugas anda di sekolah, namun jika diteliti sangat sedikit sahaja sumbangan dalam subjek kepakaran! Sekali lagi saya ingatkan, penekanan haruslah diberikan kepada sumbangan anda dalam subjek kepakaran, bukan lah bidang lain!


5. Bahagikan tugas mengikut bidang
Bagi memudahkan urusan anda untuk menguruskan data dan bahan yang bertimbun-timbun untuk 3+1 tahun, maka lebih baik jika anda bahagikan tugas tersebut kepada bidang masing-masing. Bahagikan tugas mengikut bidang Akademik, HEM dan Kokurikulum.

Sebagai contoh:
2010 - Akademik - Penyelaras Kem Sains PMR
2010 - Akademik - Penyelaras Sains Tingkatan 3
2010 - HEM - Penyelaras Disiplin  Tingkatan 1
2010 - KoK - Jurulatih Sofbol Daerah Sibu
2011 - Akademik - Ketua Panitia Sains
2011 - Akademik - Penceramah Bengkel Sains
2011 - HEM - Penyelaras Disiplin  Tingkatan 1
2011 - KoK - Jurulatih Sofbol Daerah Sibu
2012 - Akademik - Ketua Panitia Sains
2012 - Akademik - Penyelaras Sains Tingkatan 1
2012 - HEM - Penyelaras Disiplin  Tingkatan 1
2012 - KoK - Jurulatih Sofbol Negeri Sarawak

Penilaian pada tapisan pertama akan dibuat dengan menilai Borang Permohonan anda. Jika anda memudahkan para penilai untuk menilai borang anda, tak mustahil peluang untuk anda melalui tapisan kedua adalah lebih cerah!


6. Kumpulkan bahan
Semasa mengisi Borang Permohonan, sebaiknya anda mulakan dengan mengumpul semua bahan-bahan anda terlebih dahulu. Kumpulkan semua senarai tugas anda, inovasi, ABM, kajian tindakan, penulisan dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan agar memudahkan anda untuk menyiapkan borang permohonan dengan lengkap.


Jika anda tak ingat senarai tugas bagi 3 tahun kebelakang, boleh lah rujuk semula dengan Ketua Jabatan anda agar meminjam semula Borang LNPT yang diisi pada setiap tahun. Ada baiknya, jika anda sendiri yang menyimpan segala maklumat tersebut dalam bentuk softcopy sebagai rujukan di masa depan.

Juga dapatkan semula Buku Rekod Mengajar anda pada tahun-tahun sebelumnya bagi mendapatkan semua Jadual Waktu. 

Selain daripada memudahkan anda untuk mengisi Borang permohonan, sekurang-kurangnya anda kini sudah melakukan sedikit persiapan awal dalam mengumpulkan bahan untuk dikemaskini dan bersedia untuk dicerap oleh Nazir.


7. Fokus kepada Kajian Tindakan dan Inovasi
Dua perkara yang perlu diberi perhatian pada era sekarang jika anda memohon Guru Cemerlang adalah Kajian Tindakan dan juga Inovasi.

Seperti cakap seorang rakan saya, jika pada masa sekarang anda tidak mempunyai sebarang Kajian Tindakan dan Inovasi, bermakna anda adalah guru yang tidak mengikuti perkembangan semasa tentang apa yang berlaku dalam pendidikan di Malaysia!

Kajian Tindakan adalah satu kajian mengenai sesuatu permasalahan p&p yang dijalankan oleh seseorang guru dengan tujuan mengenalpasti kaedah atau teknik yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Sebagai contoh, dalam pengajaran kita dengan menggunakan kaedah A, pelajar tidak memahami apa yang kita ajar. Lantas kita mencuba Kaedah B dan C, dan melihat hasilnya. Hasil dapatan kita dikongsi dengan rakan-rakan guru yang lain.

Tengok satu contoh mudah Kajian Tindakan di sini 

Inovasi pula merupakan perkara baru yang kita hasilkan yang akan memudahkan pengajaran dan pengurusan kita. Penghasilan boleh datang dalam bentuk alat bantu mengajarteknik atau kaedahmengajar dan borang pengurusan. Contoh lain inovasi yang dapat dilakukan adalah blogvideo, dan animasi

PBS Sains Tingkatan 3,2,1 - TUGASAN BAND 6

TINGKATAN 3

Bagi memudahkan urusan adik-adik pelajar menyiapkan tugasan PBS Sains Tingkatan 3, terutamanya bagi Band 6, maka saya kumpulkan kesemua tajuk di sini. Ada 9 tugasan Band 6 yang perlu disiapkan untuk tingkatan 3. Entri ini lengkap dengan soalan dan juga senarai semak bagi membantu adik-adik pelajar memahami kehendak tugasan dan juga lengkap beserta contoh. Semoga menjadi panduan yang berguna dan dimanfaatkan oleh kita bersama. Sila SHARE dengan kawan-kawan lain juga ya! Rujuk juga dari masa ke semasa bagi update terkini.. ;)


B6D1E1 


B6D2E1 
Pembentangan hasil buku skrap dalam pelbagai bentuk persembahan bertajuk “Kepentingan sistem respirasi yang sihat”:


B6D3E1 
Pembentangan hasil penulisan artikel dalam pelbagai bentuk persembahan mengenai: 


B6D4E1 
Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan mengenai: 


B6D5E1 
Memberi ceramah atau membahaskan mengenai: 


B6D6E1
Membuat pembentangan risalah yang dihasilkan mengenai PETROSAINSPlanetariumPusat Sains NegaraLoji Penapisan Minyak

atau 

Membuat pembentangan risalah yang dihasilkan mengenai 
 Sifat dan kegunaan pelbagai pecahan petroleum. 
 Sumbangan petroleum dan gas asli kepada pembangunan ekonomi negara; dan 
 Penggunaan yang cekap petroleum dan sumber bahan api semula jadi yang lain 


B6D7E1 
Mereka cipta peralatan menggunakan tenaga alternatif 


B6D8E1 
Memberi ceramah mengenai: 
 langkah keselamatan yang perlu diambil apabila menggunakan elektrik. 
 memerihal langkah yang perlu diambil apabila berlakunya kemalangan yang melibatkan elektrik, 
 mewajarkan keperluan adanya langkah-langkah keselamatan dan ciri-ciri keselamatan di rumah bagi mengelakkan kemalangan elektrik 

atau 

Memberi ceramah mengenai: 
 Aktiviti yang menyebabkan pembaziran elektrik. 
 Memerihal cara memulihara elektrik. 
 Mewajarkan keperluan memuliharaelektrik
 meramal masalah yang akan dihadapi oleh negara jika berlakunya kekurangan elektrik. 


B6D9E1 
keunikan, ketertiban, keindahan dan keharmonian alam semesta sebagai satu tanda keagungan Tuhan 

TINGKATAN 2


Bagi memudahkan lagi urusan adik-adik pelajar menyiapkan tugasan PBS Sains Tingkatan 2, terutamanya bagi Band 6, maka saya kumpulkan kesemua tajuk di sini. Ada lengkap soalan dan juga senarai semak bagi membantu adik-adik pelajar memahami kehendak tugasan dan juga lengkap beserta contoh. Semoga menjadi panduan yang berguna dan dimanfaatkan oleh kita bersama. Sila SHARE dengan kawan-kawan lain juga ya! Rujuk juga dari masa ke semasa bagi update terkini.. ;)

Senarai PBS Band 6 Sains Tingkatan 2


Pembentangan hasil buku skrap mengenai alat teknologi yang sesuai untuk mengatasi masalah had deria penglihatan dan pendengaran.

ARAHAN:
1. Anda diminta untuk menyediakan buku skrap mengenai alat teknologi yang sesuai untuk mengatasi masalah had deria penglihatan dan pendengaran.
2. Pastikan dalam buku skrap itu mengandungi sekurang-kurangnya 4 atau lebih gambar alat teknologi bagi setiap had deria (penglihatan dan pendengaran).
3. Tempoh yang diberikan  untuk menyiapkan buku skrap adalah selama seminggu. Anda perlu membentangkan hasil kerja di dalam kelas.



2. B6D2E1
Pembentangan hasil penulisan ”makanan dan amalan pemakanan” dalam pelbagai bentuk persembahan berkaitan:

• kepentingan makan makanan berkhasiat
• mempraktikkan amalan pemakanan yang betul
• mewajarkan pengagihan makanan kepada yang kurang bernasib baik/ memerlukan

#Ada 4 bentuk. Boleh pilih salah satu / mengikut arahan guru.


B6D2E1



B6D2E1 (Bentuk A)
Anda perlu melibatkan diri di dalam pameran Sains sempena minggu Sains dan Matematik. Sila sediakan bahan untuk pameran Sains Tingkatan 2 berkaitan salah satu tajuk berikut :

• Kepentingan makan makanan berkhasiat
• Mempraktikkan amalan pemakanan yang betul
• Mewajarkan pengagihan makanan kepada yang kurang bernasib baik/ memerlukan

Anda boleh membuat persembahan pameran secara persembahan ‘powerpoint’, poster atau rekacipta bahan seperti piramid makanan, roda putaran makanan seimbang dan sebagainya mengikut kreativiti anda. Anda diberi masa selama 2 minggu untuk menyediakan bahan.

Aktiviti ini juga boleh dijalankan untuk menyediakan bahan berkaitan Sains untuk diletakkan di dalam kelas atau makmal.


Ujian SEGAK diadakan untuk mengesan kesihatan fizikal murid sepanjang perkembangan mereka di sekolah menengah. Ujian ini juga dibuat setelah berlaku masalah obesiti di kalangan murid.

Tuliskan karangan berkaitan amalan pemakanan yang betul untuk mengelak obesiti di kalangan murid.

Karangan anda hendaklah mengandungi
-          maksud obesiti dan gizi seimbang.
-          punca obesiti
-          langkah-langkah mengelak obesiti
-          kesimpulan.

Karangan anda hendaklah melebihi 250 patah perkataan. Karangan terbaik akan dipersembahkan di dalam kelas.


Pada tahun 1845, pernah berlaku kejadian Kebuluran Terbesar Dunia yang berlaku di negara Ireland. Jalankan kajian berkaitan kebuluran dan hasilkan sebuah laporan berkaitan masalah kebuluran. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi kebuluran daripada berlaku kembali dan pengajaran daripada kejadian kebuluran yang telah berlaku.


Anda seorang ahli pemakanan. Bentukkan jadual menugizi seimbang sehari untuk rakan sebaya. Nyatakan kelas-kelas makanan bagi setiap menu yang dipilih.  Jadual ini perlu dibentangkan di dalam kelas mengikut kreativiti anda.



Anda perlu menghasilkan risalah  mengenai kepentingan interaksi dalam ekosistem dan membentangkan hasilnya kepada kelas dalam bentuk forum.

Kandungan risalah perlu merangkumi aspek seperti di bawah:
  • Kepentingan interaksi antara organisma hidup dan persekitaran.

B6D3E1



Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan berkaitan:
·       Pencemaran air
·       Pengawalan
·       Pembersihan
·       Cara penjimatan penggunaannya
1.     Anda dikehendaki mengumpul maklumat tentang kesan pencemaran air ke atas benda hidup, cara mengawal pencemaran air, cara memulihara dan memelihara kualiti air dan cara penjimatan penggunaan air dalam satu minggu.
2. Satu pelan tindakan aktiviti pengumpulan maklumat diperlukan
3. Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan (Eg: Power point, Model, Video, Ekspo dan lain-lain)
  
B6D4E1



1. Anda  dikehendaki untuk membina model permainan  dengan mengambil kira konsep kestabilan dengan menggunakan bahan-bahan terbuang sahaja.
2. Anda dibenarkan membuat rujukan dari internet dan media bercetak.
3. Laporan anda hendaklah mengandungi :
a.     Bahan-bahan yang digunakan,
b.    Langkah-langkah pembinaan
c.     Faktor-faktor keselamatan.
d.    Gambarajah
4. Pelajar perlu membentangkan hasil kerja di hadapan kelas.
5. Tempoh waktu yang diberikan untuk menyiapkan tugasan ialah selama 1 minggu.


B6D5E1



1. Pelajar  dikehendaki untuk membina model yang menggunakan prinsip tuas.
2. Anda dibenarkan membuat rujukan dari internet dan media bercetak.
3. Pelajar  membentangkan hasil kerja di hadapan kelas.
4. Tempoh waktu yang diberikan untuk menyiapkan tugasan ialah selama 1 minggu.


B6D6E1

TINGKATAN 1

Bagi memudahkan urusan adik-adik pelajar menyiapkan tugasan PBS Sains Tingkatan 1, terutamanya bagi Band 6, maka saya kumpulkan kesemua tajuk di sini. Ada 7 tugasan Band 6 yang perlu disiapkan untuk tingkatan 1. Entri ini lengkap dengan soalan dan juga senarai semak bagi membantu adik-adik pelajar memahami kehendak tugasan dan juga lengkap beserta contoh. Semoga menjadi panduan yang berguna dan dimanfaatkan oleh kita bersama. Sila SHARE dengan kawan-kawan lain juga ya! Rujuk juga dari masa ke semasa bagi update terkini.. ;)



B6D1E1
Membahaskan masalah yang mungkin timbul sekiranya unit piawai tidak digunakan melalui pelbagai bentuk komunikasi


B6D2E1
Membincangkan mengenai mengapa manusia adalah organisma yang kompleks dalam pelbagai bentuk persembahan


B6D3E1
Membuat penyelesaian masalah dengan mengaplikasikan konsep ketumpatan dan timbul tenggelam dalam bentuk prototaip

B6D4E1
membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan mengenai : 
 kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar 
 amalan guna semula dan kitar semula bahan 
 kepentingan memulihara sumber tenaga 
 penggunaan dan pengurusan sumber tenaga yang cekap 


B6D5E1
membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan mengenai : 
 pencemaran udara 
 kesan pencemaran udara 
 cara mengekalkan udara supaya bersih dan 


B6D6E1
menjelaskan melalui penulisan kreatif mengenai : 
 mengapa kita perlu memulihara sumber tenaga, 
 cadangan tentang cara-cara penggunaan tenaga secara cekap 


B6D7E1
menghuraikan dalam pelbagai bentuk persembahan bagi beberapa penyelesaian masalah mengenai prinsip pengembangan dan pengecutan jirim dalam kehidupan harian

Video Tahunan 2017

Hadis 40