SELAMAT DATANG KE BULETIN SAMT SSAAS BT38 ****************** AHLAN WASAHLAN********************


Pengumuman Terkini

Assalamualaikum dan Salam Sehati, Sejiwa.

TAWARAN KEMASUKAN ASRAMA 2018
Bagi pelajar yang ditawarkan dengan rayuan, hendaklah hadir ke sekolah pada ketetapan berikut
Tarikh: xx.12.2017
Hari: Akan dimaklumkan kemudian
Masa: 9.00 pagi
Pelajar hendaklah hadir bersama ibu/bapa/penjaga sendiri dan tidak boleh diwakilkan.
Pelajar dikehendaki hadir dengan berpakaian
a. Baju Rasmi Asrama (Batik)
b. Berbaju Sekolah Lengkap
TAHNIAH !!! kepada pelajar-pelajar Tg.2, 3 dan Tg.5 Tahun 2018 yang telah berjaya. InsyaAllah.


KLIK LINK DIBAWAH untuk menyemak keputusan.
KEPUTUSAN PENEMPATAN

----------------------------------------------------------------------------------------------- Sekian dimaklumkan.


----------------------------------------------------------------------------------------------- MAKLUMAN : Daripada Unit Media PIBG SAMTBT38 :-
CHANNEL™ RASMI PIBG SAMTBT38 2016/2017
SELAMAT DATANG Ke TELEGRAM Saluran ibu bapa dan guru mengetahui maklumat program dan pencapaian terkini SAMT SSAAS BT38 melalui 'SmartPhone' anda.

Anda bleh download melalui PlayStore @ download Telegram Desktop melalui alamat : https://desktop.telegram.org
Klik untuk Join Disini

-----------------------------------------------------------------------------------------------


Komentar, saranan atau pertanyaan dapat diajukan melalui kotak komen blog atau email Editor En. Amry Hj. Ahmad ke: cg.amry@moe.edu.my
No.Tel. SEK : 03-32161270

Saturday 2 May 2015

Sekitar SAMT SSAAS BT.38


vedio sejarah



SEJARAH SEKOLAH 

PENDAHULUAN
Maahad Salahuddin dengan asramanya ini telah dibangun5kan dengan menelan belanja sebanyak RM 82,175.00, bantuan dari Lembaga Kebajikan Masyarakat Persekutuan Tanah Melayu. Keadaan bangunan pada masa itu mengandungi lapan bilik darjah yang boleh memuatkan seramai 80 orang penuntut. Maahad ini telah didirikan di atas tanah seluas 1 1/2 ekar yang dibeli dari wang pendapatan khairat orang kampung dan ahli dermawan. Jumlah penuntut pada ketika itu adalah seramai 167 orang iaitu 130 orang dalam sekolah rendah dan 37 orang dalm sekolah menengah. Sementara guru- guru pula seramai 6 orang iaitu 4 orang guru kerajaan dan 2 orang guru sementara. Pada 1 Januari 1962 beramaan 11 Syaaban 1381, Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Husyamuddin Alam Syah Al- Haj dan Yang Dipertua Negeri Selangor Darul Ehsan dan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan telah mencemar duli berangakat ke Kampung Batu 38 Sabak Bernam untuk merasmikan pembukaan Maahad Salahuddin.

ASAL-USUL
Pada peringkat awal sekolah ini telah dibina pada tahun 1947 bertempat di serambi masjid.Gurunya terdiri daripada guru sukarela.Pada 8 April 1948, pihak Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) telah menempatkan seorang guru agama kerajaan. Memandangkan sambutan yang amat menggalakkan maka bangsal tersebut telah diperbesarkan dengan sumber kewangan yang dikeluarkan oleh penduduk kampung. Pada tahun 1955, pelajaran agama menggunakan Bahasa Arab dijadikan asas kepada pelajaran menengah yang ada sekarang. Seterusnya pada bulan Mac 1959, Sultan Selangor telah mengiktiraf sekolah ini sebagai sekolah menengah dan memperkenankan nama sekolah ini menggunakan nama Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan. Oleh itu bermula tahun 1959 hingga tahun 1975, sekolah ini menggunakan nama Maahad Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pada tahun 1976, sekolah ini ditukarkan namanya menjadi Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. 


PERKEMBANGAN SEKOLAH
Sejak tahun 1955, matapelajaran Agama Islam di ajar disekolah ini dengan menggunakan perantaraan Bahasa Arab. Ketika itu sekolah dibuka pada waktu pagi dan penuntut diberi sebanyak 16 matapelajaran. Sehingga tahun 1962 penuntut- penuntut terpaksa menghabiskan pelajaran mereka selama 6 tahun iaitu bermula kelas ibtidaie selama 4 tahun dan kelas sanawi 2 tahun. Kemudian ditambah 2 tahun lagi diperingkat sanawi pada tahun 1964 dan menjadikan tempoh pengajian berlanjutan selama 8 tahun.
Mulai 1973 sukatan palajaran Bahasa Arab dan Agama Islam adalah berdasarkan kurikulum pendidikan di negeri Kelantan dan pada tahun itu juga bermulalah Sijil Rendah Agama (SRA)bagi tingkatan 4. Manakala Sijil Pendidikan Pelajaran Agama (SPA) bagi tingkatan 6 bawah telah diadakan pada tahun 1976. Pelajaran Akademik pula diadakan secara persendirian pada waktu petang bermula pada 1970 hingga 1972 untuk pepriksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Pada tahun 1972 barulah pihak kerajaan menyediakan pelajaran akademik secara langsung.

Manakala peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum 1977, diadakan secara persendirian. Sehingga pada tahun 1978 barulah peperiksaan ini mual diadakan secara langsung disekolah ini. Memandangkan kemajuan pelajaran yang telah dicapai oleh pelajar disekolah ini, keadaan tersebut telah mendesak pihak sekolah untuk mengadakan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Untuk memenuhi tujuan tersebut, pihak sekolah telah mengadakan tingkatan 6 atas bermula pada tahun 1979. Namun begitudisebabkan kekurangan kelengkapan, calon-calon ini terpaksa menduduki peperiksaan yang berpusat di Sekolah Khir Johari. Di atas inisiatif pihak sekolah ini, akhirnya pada 1981, pusat peperiksaan berjaya diadakan di sekolah ini. 

Berikut adalah sistem persekolahan yang dijalankan di sekolah ini :-

TINGKATAN
page9image19096 page9image20688
page9image21480
PEPERIKSAAN
page9image23576 page9image24320
1,2,3
Penilaian Menengah Rendah (PMR)
1,2,3,4
Sijil Menengah Agama (SMA)
4,5
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
5,6 Bawah
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
6 Bawah,6 Atas
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

PERKEMBANGAN BANGUNAN
Sebelum tahun 1978, sekolah ini hanya mempunyai dua buah bangunan iaitu sebuah untuk bilik-bilik darjah dan sebuah lagi untuk asrama (dua tingkat). Di samping itu terdapat sebuah kantin, bangsal basikal dan masjid. Oleh kerana bilangan penuntut bertambah ramai setiap tahun, situasi ini memerlukan bangunan tambahan. Sejak tahun 1973, pihak sekolah telah berusaha mengumpul wang perbelanjaan untuk memenuhi tujuan tersebut. Sehingga tahun 1977, kerajaan telah memperuntukkan lebih kuran RM 1 juta untuk membiayai bangunan tambahan. Pada pertengahan tahun 1978, kerja-kerja pembinaan bangunan tambahan sekolah telah dimulakan dengan 2 bangunan untuk bilik darjah (dua tingkat), sebuah asrama (dua tingkat) dan sebuah dewan makan. Pada 1998, sebuah Surau yang boleh memuatkan 800 pelajar pada satu masa dibina atas derma orang ramai dan bantuan dari Pusat Zakat Selangor.

Memandangkan bilangan pelajar emakin bertambah, Lembaga Pentadbiran Sekolah telah mencadangkan agar Maahad ini membuat permohonan kerajaan untuk mendapat sebuah bangunan baru. Selepas itu, dengan usaha Tuan Pengetua Ustaz Haji Misnan Bin Amir dan sokongan Pengerusi Badan Pembangunan Sekolah, YB Raja Idris Bin Raja Ahmad projek pembinaan bangunan baru diluluskan dan dijalankan serta-merta. Bangunan yang berbentuk 'E' telah siap dibina pada tahun 1999 dengan kedudukannya berhampiran dengan asrama. Bangunan tiga tingkat yang bernilai RM 2.8 juta ini berupaya menampung kira-kira 600 orang pelajar. Ia mempunyai 15 buah kelas, 3 makmal, 2 bilik guru dan sebuah pejabat. Pembinaan Kuarters Pengetua, 2 Unit Rumah Guru dan Dewan dibina siap pada 2006.

Pada awaltahun 2007 sekolah telah ditukar status ke Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Negeri Selangor di bawah naungan Jabatan Pembangunan Islam dan Moral (JAPIM). SABK bermakna semua peruntukkan, kakitangan guru dan sokongan serta prasarana adalah di bawah tangunggan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Bangunan tambahan asrama telah dibina siap pada 2007 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 

Video Tahunan 2017

Hadis 40