SEJARAH SEKOLAH
PENDAHULUAN
Maahad Salahuddin dengan asramanya ini telah dibangun5kan dengan menelan belanja
sebanyak RM 82,175.00, bantuan dari Lembaga Kebajikan Masyarakat Persekutuan
Tanah Melayu. Keadaan bangunan pada masa itu mengandungi lapan bilik darjah yang
boleh memuatkan seramai 80 orang penuntut. Maahad ini telah didirikan di atas
tanah seluas 1 1/2 ekar yang dibeli dari wang pendapatan khairat orang kampung dan
ahli dermawan. Jumlah penuntut pada ketika itu adalah seramai 167 orang iaitu 130
orang dalam sekolah rendah dan 37 orang dalm sekolah menengah. Sementara guru-
guru pula seramai 6 orang iaitu 4 orang guru kerajaan dan 2 orang guru sementara.
Pada 1 Januari 1962 beramaan 11 Syaaban 1381, Almarhum Duli Yang Maha Mulia
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Husyamuddin Alam Syah Al-
Haj dan Yang Dipertua Negeri Selangor Darul Ehsan dan ke bawah Duli Yang Maha
Mulia Tengku Ampuan telah mencemar duli berangakat ke Kampung Batu 38 Sabak
Bernam untuk merasmikan pembukaan Maahad Salahuddin.
ASAL-USUL
Pada peringkat awal sekolah ini telah dibina pada tahun 1947 bertempat di serambi
masjid.Gurunya terdiri daripada guru sukarela.Pada 8 April 1948, pihak Jabatan
Agama Islam Selangor(JAIS) telah menempatkan seorang guru agama kerajaan.
Memandangkan sambutan yang amat menggalakkan maka bangsal tersebut telah
diperbesarkan dengan sumber kewangan yang dikeluarkan oleh penduduk kampung.
Pada tahun 1955, pelajaran agama menggunakan Bahasa Arab dijadikan asas kepada
pelajaran menengah yang ada sekarang. Seterusnya pada bulan Mac 1959, Sultan
Selangor telah mengiktiraf sekolah ini sebagai sekolah menengah dan
memperkenankan nama sekolah ini menggunakan nama Ke Bawah Duli Yang Maha
Mulia Sultan. Oleh itu bermula tahun 1959 hingga tahun 1975, sekolah ini
menggunakan nama Maahad Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pada tahun 1976, sekolah ini
ditukarkan namanya menjadi Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah.
PERKEMBANGAN SEKOLAH
Sejak tahun 1955, matapelajaran Agama Islam di ajar disekolah ini dengan
menggunakan perantaraan Bahasa Arab. Ketika itu sekolah dibuka pada waktu pagi
dan penuntut diberi sebanyak 16 matapelajaran. Sehingga tahun 1962 penuntut-
penuntut terpaksa menghabiskan pelajaran mereka selama 6 tahun iaitu bermula
kelas ibtidaie selama 4 tahun dan kelas sanawi 2 tahun. Kemudian ditambah 2 tahun
lagi diperingkat sanawi pada tahun 1964 dan menjadikan tempoh pengajian
berlanjutan selama 8 tahun.
Mulai 1973 sukatan palajaran Bahasa Arab dan Agama Islam adalah berdasarkan
kurikulum pendidikan di negeri Kelantan dan pada tahun itu juga bermulalah Sijil
Rendah Agama (SRA)bagi tingkatan 4. Manakala Sijil Pendidikan Pelajaran Agama
(SPA) bagi tingkatan 6 bawah telah diadakan pada tahun 1976. Pelajaran Akademik
pula diadakan secara persendirian pada waktu petang bermula pada 1970 hingga 1972
untuk pepriksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Pada tahun 1972 barulah pihak
kerajaan menyediakan pelajaran akademik secara langsung.
Manakala peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum 1977, diadakan secara
persendirian. Sehingga pada tahun 1978 barulah peperiksaan ini mual diadakan secara
langsung disekolah ini. Memandangkan kemajuan pelajaran yang telah dicapai oleh
pelajar disekolah ini, keadaan tersebut telah mendesak pihak sekolah untuk
mengadakan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Untuk memenuhi tujuan tersebut,
pihak sekolah telah mengadakan tingkatan 6 atas bermula pada tahun 1979. Namun
begitudisebabkan kekurangan kelengkapan, calon-calon ini terpaksa menduduki
peperiksaan yang berpusat di Sekolah Khir Johari. Di atas inisiatif pihak sekolah ini,
akhirnya pada 1981, pusat peperiksaan berjaya diadakan di sekolah ini.
Berikut adalah sistem persekolahan yang dijalankan di sekolah ini :-
TINGKATAN
|
PEPERIKSAAN
|
1,2,3
|
Penilaian Menengah Rendah (PMR)
|
1,2,3,4
|
Sijil Menengah Agama (SMA)
|
4,5
|
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
|
5,6 Bawah
|
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
|
6 Bawah,6 Atas
|
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM)
|
PERKEMBANGAN BANGUNAN
Sebelum tahun 1978, sekolah ini hanya mempunyai dua buah bangunan iaitu sebuah
untuk bilik-bilik darjah dan sebuah lagi untuk asrama (dua tingkat). Di samping itu
terdapat sebuah kantin, bangsal basikal dan masjid. Oleh kerana bilangan penuntut
bertambah ramai setiap tahun, situasi ini memerlukan bangunan tambahan. Sejak
tahun 1973, pihak sekolah telah berusaha mengumpul wang perbelanjaan untuk
memenuhi tujuan tersebut. Sehingga tahun 1977, kerajaan telah memperuntukkan
lebih kuran RM 1 juta untuk membiayai bangunan tambahan. Pada pertengahan tahun
1978, kerja-kerja pembinaan bangunan tambahan sekolah telah dimulakan dengan 2
bangunan untuk bilik darjah (dua tingkat), sebuah asrama (dua tingkat) dan sebuah
dewan makan. Pada 1998, sebuah Surau yang boleh memuatkan 800 pelajar pada satu
masa dibina atas derma orang ramai dan bantuan dari Pusat Zakat Selangor.
Memandangkan bilangan pelajar emakin bertambah, Lembaga Pentadbiran Sekolah
telah mencadangkan agar Maahad ini membuat permohonan kerajaan untuk mendapat
sebuah bangunan baru. Selepas itu, dengan usaha Tuan Pengetua Ustaz Haji Misnan
Bin Amir dan sokongan Pengerusi Badan Pembangunan Sekolah, YB Raja Idris Bin Raja
Ahmad projek pembinaan bangunan baru diluluskan dan dijalankan serta-merta.
Bangunan yang berbentuk 'E' telah siap dibina pada tahun 1999 dengan kedudukannya
berhampiran dengan asrama. Bangunan tiga tingkat yang bernilai RM 2.8 juta ini
berupaya menampung kira-kira 600 orang pelajar. Ia mempunyai 15 buah kelas, 3
makmal, 2 bilik guru dan sebuah pejabat. Pembinaan Kuarters Pengetua, 2 Unit
Rumah Guru dan Dewan dibina siap pada 2006.
Pada awaltahun 2007 sekolah telah ditukar status ke Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan (SABK) Negeri Selangor di bawah naungan Jabatan Pembangunan Islam dan
Moral (JAPIM). SABK bermakna semua peruntukkan, kakitangan guru dan sokongan
serta prasarana adalah di bawah tangunggan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Bangunan tambahan asrama telah dibina siap pada 2007 oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.